Pages

Monday, 23 May 2011

Pelatih Tua...??? Akulah tu..

Sebelum aku start membebel, seperti biasa aku nk korg baca dulu berita di bawah...



WALAU UMUR 35 TAHUN MUNGKIN IKUTI PLKN

SEREMBAN 20 Mei — Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil tidak menolak kemungkinan ada golongan berusia sehingga 35 tahun akan berada dalam kalangan pelajar lepasan sekolah untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa depan.
Beliau memberi amaran remaja yang cuba melarikan diri daripada menyertai PLKN hari ini berkemungkinan besar akan menghadapi situasi yang kurang menyenangkan itu pada masa hadapan.
"Peruntukan akta telah menetapkan, mereka akan tetap dicari dan dipanggil untuk menjalani PLKN sehingga mereka berusia 35 tahun," katanya kepada pemberita selepas melawat kem PLKN Seri Perkasa di sini hari ini.
Katanya, nama mereka tidak akan dipadamkan, sebaliknya akan dicari oleh polis jika gagal melaporkan diri selepas dipanggil mengikuti latihan.
Abdul Hadi turut memberi ingatan kegagalan melaporkan diri akan menyebabkan mereka menerima hukuman untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan tetapi selepas tamat hukuman, mereka akan tetap dikehendaki memasuki program itu.
"Sejak program ini dimulakan pada tahun 2004, seramai 9,000 orang gagal melaporkan diri dan nama mereka sudah diberi kepada pihak polis. Kes mereka juga telah dirujuk kepada Peguam Negara. Peguam Negara membuat kata putus, untuk memanggil mereka semula," katanya.
Beliau berkata, tahun ini merupakan kali pertama nama-nama yang gagal melaporkan diri dahulu dipanggil semula dan buat permulaan, 500 orang telah dipanggil.
Katanya, beberapa pembaharuan telah dibuat untuk kumpulan kedua PLKN yang sepatutnya melaporkan diri pada Mac, tetapi ditunda sehingga 15 Mei untuk membolehkan mereka menerima tawaran memasuki universiti tempatan atau ke tingkatan enam.
Pembaharuan ini membolehkan mereka yang dipanggil tidak perlu memasuki kem dahulu dan kemudian memohon penangguhan kerana ini membazirkan masa dan wang ibu bapa serta kerajaan.
"Di pihak kerajaan, kita akan dapat menjimatkan wang elaun, dobi, kos pakaian, gunting rambut dan makanan," katanya.
Mulai tahun ini katanya, pelatih PLKN akan menggunakan pakaian seragam celoreng jenis baru yang lebih selesa dan segak berbanding pakaian lama yang menggunakan bahan yang tidak begitu sesuai dengan cuaca panas di negara ini. - BERNAMA

 

Adoyai....!! ni yg buat aku lemah lutut ni..Seperti yg korg tahu, memandangkan aku dapat offer fast track programme di UTM a few weeks after SPM & a few weeks before tarikh melapor diri di kem, aku terpaksa menundakan hasrat untuk menjalani Latihan Khidmat Negara di Kem Desaru Gerak Khas (kem kakak aku dulu). Sekali lagi ditekankan ye..TUNDA bukan CANCEL. Aku memang teringin sangat nak pergi, walaupun aku tahu macam-macam cerita tak elok aku dengar, tapi aku memang suka aktiviti lasak macam tu. Lebih-lebih lagi, aku pernah pergi kem tu dulu. Memang betul-betul tepi pantai.

Malangnya, terpaksalah aku menguburkan hasrat itu disebabkan untuk menuntut ilmu. So, persoalannya sekarang, kenapa aku rasa macam bengang semacam bila dengar berita ni..??? Aku sebenarnya takde lah kisah sangat. Tapi, aku graduate mungkin dlm umur 24 tahun. Dah tua bangka nanti baru aku bergelar pelatih PLKN. Macam malu pun ye jugak. Badan pun takdelah sesihat dulu..kalau time muda-muda boleh la loncat sana, loncat sini..tapi bile umur dah 20-an ni rasa lain macam la pulak (walaupun aku selalu je buat kt dalam bilik hostel).

Tapi, takpelah...papehal pun, kita tunggu je lah surat dari yg berkenaan.

p/s: Excited nak pegang M-16...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Break the silence

Break the silence