Baru sahaja melalui minggu yang agak padat. Emak kesayangan sibuk dengan timbunan kerja dan mesyuarat sana-sini. Tinggallah aku seorang anak dara yang boleh diharapkan...boleh la sangat....untuk melakukan tugas-tugas mengemas di rumah...kecuali memasak...
Diam tak diam, cuti semester hanya berbaki seminggu sahaja lagi. Minggu hadapan, bermulalah kembali rutin harian aku sebagai seorang pelajar. Bila difikirkan kembali barulah aku menyedari semenjak aku menjejakkan kaki ke alam persekolahan di darjah 1 lagi, cuti semester kali inilah cuti yang paling panjang pernah aku alami. Mengalahkan cuti sekolah budak-budak yang hanya sebulan setengah. Habis SPM pula, terus melanjutkan pelajaran untuk fasttrack programme. Dua hari setelah habis fasttrack programme, terus ke UIA pula. Tak sempat langsung nak honeymoon....
Kita lupakan cerita pasal cuti semester or cuti semester bla..bla...sebenarnya entri kali ini akan memaparkan honeymoon kami sekeluarga bercuti di Melaka. Melaka je....???? Tiap-tiap bulan pergi....Dah macam rumah kedua aku...maklumlah kampung kat sana... Selok-belok jalan di sana pun aku sudah boleh hafal. Tapi, memandangkan ayah aku sangat terikat dengan kerja ditambah lagi dengan outstation sana-sini, jadi di sanalah tempat paling jauh yang kami boleh pergi.
Dipendekkan cerita, plan asal sepatutnya ke Pengkalan Balak. Tapi memandangkan resort dan chalet di sana semuanya sudah penuh setelah hampir sejam mencari, kami mengambil keputusan untuk bermalam di Ayer Keroh sahaja. Itupun setelah 3 hotel kami survey. Barulah aku sedar bukan mudah sebenarnya untuk mencari hotel kosong di Melaka. Maklumlah, selama ini kami hanya bermalam di kampung. Sebenarnya, kalau aku fikir balik, rancangan untuk ke pantai amatlah tidak sesuai pada musim tengkujuh ini. Jadi mungkin ada hikmahnya kami tak dapat ke sana.
Pada waktu malam pula, ayah membawa kami menaiki Melaka River Cruise. Ceh....!!! Sudah berpuluh kali datang ke Melaka, baru kali ini berkesempatan untuk menaiki cruise ini. Kepenatan dan keletihan kami di siang hari makin bertambah gara-gara kami terpaksa beratur hampir 45 minit semata-mata untuk menaiki cruise yang hanya mengambil masa tidak sampai 30 minit. Pehh....!!! memang teruji betul kesabaran aku kali ini. Ditambah lagi dengan annoying guy yang beratur di belakang aku yang tak reti duduk diam membuatkan aku semakin hot & spicy.
Namun, keletihan dan kepenatan kami berbayar tatkala cruise itu menyusuri sungai yang aku pun tak tahu apa nama sungai itu. Tak tahu bagaimana untuk diungkap. Hanya gambar bisa meluahkan segalanya......
p/s: Harap maaf....Kamera Canon yang aku sayangi tertinggal. Jadi, hanya gambar di Google yang boleh aku berikan...sangat sedih
Sesiapa yang masih belum lagi berpeluang ke sana, rasailah sendiri keindahannya.... Seakan-akan menyusuri Sungai Seine di Paris.....tak dapat pergi Paris, kat Melaka pun jadilah....=P








0 comments:
Post a Comment