Kali ini aku nak kongsi hot story yang sangat-sangat hot sampai boleh terbakar lappy anda.... fuiyooo...lebih-lebih pula... sila abaikan...Sebenarnya, berita hangat ini aku peroleh tatkala membaca entri seorang blogger yang juga berasal dari CFS yang aku follow secara diam-diam...syyhhh....jangan beritahu dia... Siapakah dia? Sebenarnya aku pun tak kenal siapa. Macam best je blog dia, so aku pun follow la... Okay, I dah explain, so jangan memandai nak buat skandal....
Dipendekkan cerita, entri terbaru dia mengenai seorang kawan dia yang aku agak kenal. Beliau baru sahaja menamatkan zaman bujang pada umur 20 tahun dengan seorang gadis yang baru berumur 19 tahun. What the......???????? Aku pun apa lagi...terkejut beruk. Beruk pun tak terkejut macam aku kot...
Aku takdelah kenal sangat kawan dia itu. Kata orang kenal suam-suam kuku sahaja. Kawan dia pula of course lah tak kenal aku. Tapi yang penting kami menuntut di institusi yang sama. Macam mana aku kenal dia...??? Kejap, bagi aku search balik dalam my document....
search.........
objects found.............
Okay, dah ingat. Dia ini classmate kepada roommate aku. Lepas tu, ada seorang kawan aku yang pernah minat kat dia.....mesti hancur berderai bila kawan aku tahu pasal berita ini.....Tambahan lagi, lelaki ini juga adalah antara orang penting dalam PRESSS society. Memandangkan ex-roommate aku memegang jawatan kedua tertinggi dalam society itu, jadi aku yang sebenarnya ahli MEDCY society suka membantu mereka dan dalam erti kata lain suka menyemak....!!! PRESSS...???? MEDCY....???? What's that...???? Buat-buat tahu je kalau tak tahu....malas nak explain lebih-lebih kalau anda bukan student CFS.
Apabila membahaskan persoalan mengenai kahwin muda ini, maka banyaklah teori-teori dan fakta-fakta serta pendapat-pendapat yang aku pun tak tahu betul atau tidak sebab aku pun belum kahwin lagi dan memang takkan pernah kahwin muda sebab mak ayah aku takkan pernah izinkan mahupun bagi restu. Fuuhhh...panjang gila ayat tadi, tarik nafas kejap. Sebenarnya, kahwin ini berbeza benar dengan couple. Kalau couple hanya melibatkan perasaan dan cinta. So, in case kalau partner anda nak buat apa kejadah sekalipun bukan tugas anda untuk menasihati dia dan membantu dan bla...bla...bla...walaupun anda suka buat jugak. Ironinya, perkahwinan pula melibatkan cinta dan tanggungjawab. Yes, tanggungjawab.....Adakah anda benar-benar sedia memikul tanggungjawab yang terpundak di bahu...???? Tepuk dada, jawablah sendiri....
![]() |
| Sorry bro sebab aku merompak gambar kau. Minta halal ye.... |


0 comments:
Post a Comment