Pages

Monday, 31 October 2011

Pesta Sukan IPTIM 2011




Alhamdulillah..........Pesta Sukan IPTIM 2011 telah pun melabuhkan tirainya pada Jumaat yg lalu. Tapi, baru hari ini aku berkesempatan menjenguk blog yang agak berhabuk ni setelah 2 minggu menyepi.


Mungkin anda tertanya-tanya apa kejadahnya aku letak video kat atas tu...??? Itu perlawanan  volleyball antara KUIS & KUIN. Nak tahu kenapa, hanya roomate aku sahaja yg tahu rahsia di sebalik video itu. Jeng...jeng....jeng...

Ok, kita lupakan cerita pasal video, sekarang nak cerita pasal pengalaman aku sepanjang hampir 2 minggu berkampung di UIA sempena IPTIM. Aku ditugaskan dalam Athletic Committee. Hanya 9 orang sahaja antara kami. Pada mulanya memang agak sukar nak bekerjasama dengan orang yang tak dikenali. Lebih2 lagi si junior. Tapi bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Lama-kelamaan aku boleh la sekepala sikit dengan diorang. Mana taknya, pagi petang siang malam dok mengadap muka yg sama je. Mula2 nampak mcm innocent je masing2, tapi last2 terkeluar jugak belang masing2 ye. 

Antara institusi yang terlibat ialah...
Yang kat sepanduk tu nama short form je..kalau nak tahu nama panjang kolej2 yang terlibat, google la sendiri...

Di samping menjadi athletic committee, kami juga berada di bawah naungan Volunteer & Liaison Committee. Aku ditugaskan menjaga hal ehwal & kebajikan pegawai serta atlit dari Kolej UNITI. Nasib baiklah bilangan atlit yang dihantar hanya seramai 37 orang, tak seramai kontinjen dari KUIN & KUIS. Jadi, atlit-atlit dari Kolej UNITI tak banyak memberi masalah kepada kami. Thanks to Encik Rizal & Encik Azidee yang sudi memberi kerjasama sepenuhnya kepada kami.

Kontinjen Kolej UNITI

Anyway, aku pun tak tahu nak kata apa lagi. But thanks a lot to athletic members, huda, fazira, anis, fendi, alif, halim, syahir and farid. Even ada probs sana sini semasa acara olahraga berlangsung hari tu, tapi kita sama2 cover masing2 punya tugas kan...??? Itulah yg dinamakan semangat berpasukan...



Itulah je kot yg aku nak share dengan readers semua. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Pesta Sukan IPTIM ni silalah singgah di laman facebook Pesta Sukan IPTIM 2011. Ataupun kalau ada atlit mahupun volunteer yang ketinggalan mengikuti buletin IPTIM setiap hari, bolehlah membacanya di laman maya ini. Just klik buletin IPTIM wahai readers sekalian.



p/s: kalau roomate aku tengok video & gambar yang aku post ni, mesti dia nak termuntah sebaldi...hahaha....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Break the silence

Break the silence