Hari ini abang aku ajak pergi tengok filem Tintin.
Tapi aku tak nak. Bukan tak suka dengan filem tu, tapi sudah menjadi prinsip hidup aku sejak azali lagi yang aku memang tak pernah dan takkan pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang. Bukan bermaksud berfikiran kolot, mahupun enggan mengikut peredaran zaman, tapi aku ada sebab musabab yang kukuh kenapa aku tak suka pergi panggung wayang.
Setiap orang ada pandangan dan pendapat masing-masing. Tapi, aku sesekali tak pernah pandang sinis mahupun benci dengan orang-orang yang kaki wayang. Aku tak pernah kata pun siapa pergi tempat tu dapat dosa. Never say like that....again i tell u...cuma pada pandangan aku selagi mana kita boleh elakkan diri pergi ke tempat yang boleh mengundang maksiat, lebih baik tak payah pergi. Aku tak kata kau yang buat. Tapi for sure mesti ada segelintir manusia sekeliling kau yang tak bertanggungjawab yang buat perangai tak senonoh tu. You get it...??? Ada seorang ustaz pernah cakap, kalau kita berada di satu tempat dengan orang yang buat maksiat, kita pun boleh dituduh bersubahat walaupun kita tak buat. Itulah antara sebab kenapa aku tak nak pergi. Tapi, aku tahu, di zaman generasi Y sekarang ni, maksiat merata-rata. Bukan di panggung wayang sahaja. Ya, aku sangat maklum dengan isu ini.
Tapi bukan sekadar sebab itu sahaja. Satu lagi, aku tak berapa selesa berada di tempat gelap dengan golongan muslimin yang bukan muhrim. Orang kata memang la tak gelap mana pun dalam tu. Orang kata, aku tak tahu. Tapi, entahlah... Aku fikir-fikir kalau satu hari nanti Malaysia ada bina sebuah panggung wayang yang khas untuk wanita sahaja, mungkin aku tak teragak-agak untuk pergi. Tapi, ada ke...???? Kita tunggu sahajalah saat itu.
Nampaknya, panjang lebar pula alasan aku tadi. Berbalik pada cerita abang aku tadi, semalam abang ajak aku pergi temankan dia shopping. Walaupun aku agak keberatan, memandangkan petang itu ada latihan memandu, tapi aku pergi juga sebab kebosanan duduk di rumah. Tapi part yang tak boleh blah adalah, abang aku yang nak shopping, aku pula yang kena keluarkan duit......!!!! Abang aku kata.....
" Orang ada scholarship JPA, mesti ada banyak duit kan....kan...???? "
Cis...!! Bertuah punya abang. Tapi, buat jelah. Abang aku jugak, bukan abang kau....Masa aku keluarkan duit baru aku sedar yang poket aku memang dah kering habis. Balance dalam bank ***** cuma tinggal RM2. Manakala balance dalam bank ******** tinggal RM8. Gaji IPTIM pula tak masuk lagi. Waduh...!!! gawat ni... Aku nak makan apa sem depan... Bukan tak nak minta mak ayah, tapi aku seboleh mungkin cuba berdiri atas kaki sendiri.
Tiba-tiba terfikir soal cari kerja. Nak cari kerja sekarang, tapi aku terikat dengan jadual latihan memandu setiap hari. So, aku decide nak try cari kerja once aku dah pass ujian memandu dengan JPJ nanti. PASS.....??????? Sekali lagi otak aku ligat berfikir... Boleh ke aku pass...???? Diri sendiri pun cakap macam tak boleh, apatah lagi kau kan... just wait & see...
p/s: buat sesiapa yang terasa hati dengan kata-kata aku tadi, aku menghulurkan kemaafan dari lubuk hati. Tiada niat nak memerli sesiapa, sekadar menyatakan pandangan sahaja. Lagipun aku tak cakap pun pergi sana berdosa kan...??? So, really hope that you get my words....thank you

0 comments:
Post a Comment