Pages

Friday, 11 November 2011

Ada apa pada hari Jumaat?


Hari ini hari Jumaat. Ada apa pada hari Jumaat...??? Itu pun nak tanya ke..??? Solat Jumaat la... Sebenarnya sudah lama aku nak meluahkan perasaan mengenai isu ini. Isu apa...??? Kau rasa..??? Dah, aku malas nak corner-corner...straight to the point, isu kaum adam yang ponteng solat Jumaat atau mungkin terlupa hari itu hari Jumaat. Atau lebih dahsyat mungkin dia terlupa bahawasanya dia itu lelaki. Aishh....gawat ni...

Bukan nak menyibuk atau jaga tepi kain kaum adam. Tetapi perkara ini sudah banyak kali berlaku depan mata. Dan lebih malang lagi dilakukan oleh orang yang dikenali. Kalau kau nak tahu satu perkara menarik tentang aku ialah kalau kawan-kawan aku ajak aku keluar, aku akan pilih hari Jumaat. Kenapa???? Di bawah aku senaraikan sebab-musababnya...

1. Kalau hari Jumaat, dekat shopping complex kurang sedikit kaum lelaki. Dunia ini aku yang punya....!!!! Lebih-lebih lagi bila dah nak masuk waktu.

2. Boleh usha-usha siapa yang ponteng. Lepas tu main jeling-jeling + mengumpat depan dia dengan member sampai dia terasa. 

p/s: jangan tiru aksi di atas.....

Sebenarnya ada banyak lagi sebab tapi macam malas nak tulis. Aik...??? Boleh macam tu... Suka hati aku la....

Kau ingat student UIA ni baik sangat ke. Bukan nak mengutuk mahupun merendahkan martabat universiti sendiri. Tapi, benda berlaku depan mata. Aku pun agak terkejut juga. Sebab tak expect yang student UIA pun ada yang kantoi juga. Teringat peristiwa masa aku keluar pergi Mid Valley. Jam di tangan menunjukkan pukul 1...then, jalan punya jalan tiba-tiba terserempak dengan sahabat-sahabat seperjuangan di maktab dahulu yang berjantina lelaki sedang beratur membeli tiket wayang di hadapan kaunter. Bila ditanya korang tak pergi solat jumaat ke....mereka boleh jawab solat jumaat dah habis dah....


Amboi, kau ingat orang perempuan ni jahil sangat ke tak tahu waktu solat Jumaat masuk pukul berapa. Dulu masa kat maktab bukan main rajin lagi pergi sembahyang jemaah kat surau. Regular visitor la katakan.... tapi dah masuk UIA ni makin dahsyat pula perangai, patutnya makin baik. Barulah aku sedar kadang-kadang manusia beribadat bukan sebab Allah tapi sebab terpaksa. Sebab kalau kat maktab, kalau tak pergi solat jemaah kat surau kena rotan dengan warden. Tapi, bila dah masuk dunia universiti ni siapa kisah. Silap hari bulan kau tak balik bilik berhari-hari pun roommate kau tak ambil kisah.
So, berbalik pada persoalan yang utama, bagaimana kita sebagai muslimah hendak membantu muslimin yang tersasar dari jalan kebenaran ini. Di bawah ada beberapa tips yang aku peroleh dari beberapa laman sesawang yang boleh dipraktikkan sekiranya kita berhadapan dengan situasi sebegini.

1) Cakap dengan agak kuat, “Aku teringinlah nak merasa nikmatnya sembahyang Jumaat. Kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya.

2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang Sembahyang Jumaat?”.

3) Jika bersama adik lelaki yang masih kecil, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang Jumaat, pura-pura memujuk adik anda dengan mengatakan “Adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar mesti ayah bawak adik ikut ayah pergi sembahyang jumaat tu”.

4) Pergi kat lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, "Sebenarnya hari ni hari apa? Nampak macam bukan Hari Jumaat je. Saya silap tengok kalendar ke?”.

5) Pura-pura cakap kat kawan sebelah, “Eh, aku kan, suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool. Memang calon suami idaman la".

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “Eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”.

7) Kalau anda jenis berani, pura-pura mengumpat dengan kawan anda, “Eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang Jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”.

8 ) Kalau korang jenis yang berani mati, tegur direct je, “Abang dah masuk waktu ni. Abang tak pergi sembahyang Jumaat ke?”.

 p/s: aku paling suka tips no 2.

Berbalik kepada persoalan hari Jumaat, ingin aku berkongsi serba sedikit mengenai Adab Hari Jumaat dan keistimewaannya...





1. Untuk menghormati hari Jumaat, kita mulai mempersiapkannya sejak hari Khamis seperti memotong kuku dan memotong rambut. 

2. Disunnahkan mandi Jumaat. (HR Bukhari) *Salah satu hak Allah dari hambanya dalam mandi adalah setidak-tidaknya kita mandi dalam seminggu satu kali iaitu mandi dihari Jumaat. 

3. Dianjurkan banyak bersiwak dihari Jumaat (HR Bukhari) 

4.Disunnahkan memakai wangi-wangian. (HR Bukhari) 

5. Dianjurkan agar memakai pakaian terbaik dihari Jumaat. Hari Jumaat adalah hari raya bagi muslimin yang harus kita hormati. Sebagaimana hari raya umat Yahudi di hari Sabtu dan Nasrani hari Ahad. 

6. Usahakan pergi kemasjid berjalan kaki (bila memungkinkan) kerana setiap langkah untuk pergi shalat Jumaat akan mendapat ganjaran 1 tahun berpuasa. (HR Bukhari) 

7.Disunnahkan berdoa diantara 2 khutbah tanpa mengangkat tangan dan cukup diucapkan dalam hati. * Salah satu waktu makbulnya doa. (HR Bukhari) 

8.Dianjurkan agar membaca surah Al-Kahfi sebelum atau sesudah Jumaat. Pahalanya antara lain: 

a. Diampunkan dosa-dosa kita selama seminggu yang lalu, b. Diselamatkan dari gangguan Dajjal.

9. Dianjurkan perbanyakkan selawat keatas Nabi saw.

10. Barangsiapa yang membaca selawat 80 kali setelah shalat Asar dihari Jumaat sebelum berdiri dari tempat shalatnya maka mendapat pahala 80 tahun beribadah dan 80 tahun dosanya diampunkan Allah swt.

11. Bacaan selawat :
Allahhumma salli ala muhammadinin nabiyil ummi wa ala alihi wa shabihi ajmaian.

12. Saat-saat terkabulnya doa dihari Jumaat :
1. Setelah shalat Subuh sampai Isroq 2. Ketika matahari tepat diatas 3. Ketika naiknya khotib kemimbar 4. Antara 2 khutbah 5. Ketika turunnya khotib dari mimbar 6. Setelah shalat Jumaat 7. Setelah shalat Asar sampai menjelang Maghrib

13. 5 peristiwa penting dihari Jumaat
1. Allah menciptakan Adam manusia pertama 2. Allah mengusir Adam dari Syurga ke Bumi 3. Allah mewafatkan Adam 4. Ada satu saat yang bila hamba meminta kepadaNya pasti akan dikabulkan oleh Allah pada saat tersebut. 5. Terjadinya kiamat (HR Ahmad, Abu Dawud)
 p/s: sedang melalui hari-hari yang sukar untuk beberapa minggu ini. Mengapa...??? Akan dikongsi pada entri yang akan datang jika segalanya sudah selesai. Mohon doa reader sekalian agar dipermudahkan perjalanan hidupku....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Break the silence

Break the silence