Pages

Wednesday, 9 November 2011

Pengalaman Memandu Siri 2

Hari Ketiga

Hari ini buat pertama kali aku memandu di jalan raya. Walaupun hanya sekitar taman-taman perumahan, tapi agak mencabar jugak untuk orang baru macam aku. Seperti biasa memang kelam-kabut pada mulanya. Banyak kali la jugak enjin mati di simpang empat, almost nak langgar kereta orang...Estima tu...tapi, part yang tak boleh blah bila ada penunggang-penunggang motosikal yang menjerit2 tak pasal ke arah aku. Aku teringat pesanan roommate aku...dia kata ni semua perkara biasa bila kaum adam tengok orang perempuan baru belajar memandu...psiko katakan...then, aku pun buat tak peduli sahaja akan anasir-anasir yang tak berkenaan itu. Tapi, best jugak bila tekan minyak di jalan yang lurus. Rasa macam  di dunia sendiri sampai kena tegur dengan pakcik di sebelah dengan pesanannya supaya tidak memandu laju.






Hari Keempat

Hari ini merupakan hari yang agak tertekan buat aku. Kenapa?? Belajar naik bukit la.... Mak aku kata ramai orang failed sebab tak lepas part bukit ni. And hari ini baru aku rasa apa yang orang lain rasa. Pada aku steps dia memang tak susah. Tapi aku menghadapi masalah dengan brek. Susah betul nak tarik dan lepaskan brek. Tak tahu kenapa tangan aku ni lembik sangat. Ok, fine...nama pun perempuan. Memang logik la kalau aku kata aku lembik. Sampaikan aku kena keluarkan seluruh jiwa dan tenaga untuk tarik dan lepaskan brek, kau tahu...Fuhh, memang hari yang sangat letih. Lebih 10 kali try, hanya beberapa kali je betul-betul menjadi. Banyak kali la jugak kena marah dengan pakcik sebelah ni, sampai dia pun dah penat nak marah. Hahaha....!!! Aku?? Aku tak ambil kisah pun dia nak cakap apa. Alah bisa tegal biasa la beb...Itu sahaja latihan untuk hari ini. Walaupun hanya naik turun bukit, tapi hari ini adalah hari yang paling meletihkan. Mana tidaknya, balik sahaja rumah, aku pun terus.....

comel tak aku tidur....????

Hari Kelima

Sekali lagi, naik bukit dan hari ini diajar macam mana nak buat u-turn di kawasan yang sempit. Agak susah la jugak sebab banyak sangat steps. Yang paling susah bila disuruh putar stereng sampai habis. Mak aihh...letih jugak untuk 'orang lembik' macam aku ni nak putar benda bulat ni. Dan sebelum pulang, aku diberi peluang untuk memandu di jalan raya besar yang sibuk. Diikutkan hati mahu sahaja aku pass stereng ni kepada pakcik sebelah. Sebab pada aku, untuk orang yang baru ada pengalaman memandu selama baru empat hari belum cukup sesuai untuk memandu di jalan raya yang sibuk seperti itu. Tapi, bantai jelah.......hahaha....!!! Bila lagi nak buat benda adventure macam ni kan....And aku dapat lakukannya dengan agak baik. Tahniah untuk aku....


lebih kurang macam inilah kot rupa aku drive....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Break the silence

Break the silence