Kau nampak tajuk post aku kat atas tu....??? Nampak tak...??? Kalau tak nampak dah tak lama lah tu.... Ok, apa yang aku nak cerita pasal tudung ni...??? Kali ini aku just nak share dengan readers sekalian tentang apa yang aku terbaca dalam sebuah blog. Mungkin benda ni agak membosankan. Tapi untuk aku sebagai seorang wanita muslimah, aku rasa agak terpukul dengan kata-katanya. Maaf sebab aku tak bagi link blog dia dan juga tidak mendedahkan siapa bloggernya. Ada sebab-sebab tertentu yang tak boleh aku dedahkan. Bukan berniat mahu memplagiat, sekadar ingin berkongsi dengan readers sekalian. Harap maklum... Sama-samalah kita menghayatinya...
Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang
bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran
yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka
dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang
mengatakan itu fesyen ara Arab padang pasir.
Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi. Ini
disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga
mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat
menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu
itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung
itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.
Seperkara
yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung,
maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang
tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.
Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan
lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula
ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok
malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan
perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk
mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur
katanya menjadi semakin lembut dan lunak.
Suka
menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama
muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada
kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk
mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.
Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang
lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun
masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita
sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit
sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal
dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini
disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai
apa yang mereka buat.
Untuk
menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan
nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu
orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di
awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana
sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di
kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan
di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah
memakai tudung.
Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.
Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan
aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak
sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara
hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah
kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau
buka aurat.
Sesetengahnya
bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah
tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen
atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan.

Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik
dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke
tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak
mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam
lembah maksiat.
Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil
mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang
memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka
lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah
ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang
masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar.
Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung. Setengahnya
apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan
manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya,
mengapa mesti pakai tudung.

Ada
juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami.
Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap
buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah
menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu.
Hanya
wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman
bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan
wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat
awal dahulu.
Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan
atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan
nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati
yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong.
Tiada nilai di sisi Allah. Wanita
yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak
akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya
membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat.Tetapi
di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka
akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan
jutaan umat manusia. 

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah." Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung
akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat
dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki
memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat
menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal
leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin
berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan
lelaki jatuh hati.
Dikala
itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat
untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup
aurat tetapi mendapat dosa. Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman.
Sementara
yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu
bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi
bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu
bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya.
Ujian
yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak
mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan
apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang
utama sebagai penyuluh ibadah. 

Di
samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana
Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di
dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak
mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan
bersabar di dalam apa jua kesusahan.
Nota: Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.



0 comments:
Post a Comment