Anda nampak apa yang terpampang di atas....???? Ye, aku tahu kau memang tak buta. Tapi kenapa tetiba aku 'tempek' jadual ni di entri aku....sebabnya, aku sedang dalam dilema. Kawan aku semua sudah pun menduduki peperiksaan MUET. Tinggallah seorang gadis 'comel' ini yang tercicir gara-gara selalu terlepas tarikh daftar. Huuaarggghhh................apalah nasibku ini...
Mengikut perancangan asal, yang telah dirancang sejak setahun yang lalu, aku nak ambil exam MUET ni pada bulan November 2011 ini. Pada bulan Jun yang lepas, dengan semangatnya aku pergi heboh pada semua orang yang tarikh tutup daftar ialah pada 21 JUN 2011 (a.k.a birthday aku). Tapi aku tak tahulah kenapa aku ni muda-muda dah nyanyuk...aku boleh terlupa nak daftar...Beberapa hari selepas tu baru teringat. Sambut birthday sendiri ingat, tapi tarikh tutup daftar MUET tetiba 'lost' dari pangkalan data otak aku. Menangis tak berlagu la sehari suntuk hari tu........Marah pada diri sendiri punya pasal. Then, ayah pun pujuk la aku....Ayah kata tahun 2012 ada tiga kali exam.
Yes, I know about that already. Tiga kali exam....mungkin anda akan kata...
"La....apa susahnya....pilih je mana-mana bulan dari 3 bulan yang tertera dalam jadual tu. Itupun nak kena ajar ke..."
Yes, I really know that most of you will say like that. Tapi anda semua tak baca habis lagi entri ni kenapa aku kata aku dalam delima nak pilih tarikh exam. Haaisshhh...cuba jangan lawan cakap mak. Mari sini aku terangkan satu persatu kenapa aku berat hati nak pilih ketiga-tiga bulan yang tertera di dalam jadual di atas.
1. Sesi Mac
Aisey, nak cakap pasal sesi yang ni aku rasa tak payah pun takpe. Sebab utamanya ialah tarikh tutup daftar dah lama luput. Yes, sekali lagi aku buat benda b****.........tapi, bukan itu sahaja sebabnya. Jangan la caci-maki aku dulu. Baca dulu sampai habis. Tarikh ujian speaking MUET adalah sekitar bulan Februari. In case kalau aku daftar di Johor aku kena ponteng kelas. Ok, yang ini maybe aku boleh buat. Ala, setakat ponteng je...macam tak biasa. Tapi yang buat aku agak berat hati ialah tarikh exam bertulis adalah pada 3 Mac 2012 bersamaan dengan dua hari sebelum tarikh mid-sem examination. Klik di sini untuk mendapatkan latest academic calendar untuk sesi 2011/2012. Fuhh, inilah antara sebab utamanya kenapa aku macam susah nak pilih sesi Mac. Aku jenis tak suka buat dua kerja dalam satu masa. Tak suka dan tak boleh... Mid-sem exam adalah sangat penting buat aku. Memandangkan antara subjek yang bakal diambil pada semester akan datang ialah BIOLOGY II (a.k.a subjek yang selalu menyerabutkan otak aku) aku memerlukan masa yang agak panjang untuk mengulang kaji subjek tersebut. Dan exam MUET juga sangat penting buat aku. Aku tak suka dapat result sekadar cukup makan sahaja. Sorry, itu bukan cara aku. Aku betul-betul tak boleh menghadapi pertembungan dua exam yang penting untuk aku. Okay, now you get the real reason why I don't want to choose March session right...???
2. Sesi Julai
Okay, tarikh daftar bulan April. Peluang masih terbuka luas. So, apa masalahnya lagi....??? The only reason is I'm afraid if the result won't be released before I enter the main campus for degree programme. Untuk pengetahuan sesiapa yang tak tahu, kami student UIA yang berasal dari CFS IIUM diwajibkan menduduki exam MUET sebelum mendaftar di main campus. Memandangkan untuk tarikh exam bertulis untuk sesi kali ini adalah pada 28 Julai 2012 dan tarikh daftar ke main campus mungkin sekitar awal bulan September, aku agak fobia + risau kalau-kalau aku tak dapat result MUET sebelum tarikh daftar itu. Anda faham tak apa yang aku cuba sampaikan...??? Ke aku cakap macam pelik....entahlah, buat-buat faham je lah....
3. Sesi November
Sesiapa yang faham reason aku yang di atas ini, mungkin anda sudah boleh agak bahawasanya sesi yang terakhir ini memang tiada dalam pilihan aku. Black list...!!! Kalau aku pilih jugak sesi yang terakhir ini, alamatnya tak masuk UIA la aku.....
Baiklah, berdasarkan alasan-alasan di atas, anda pun memang dah boleh agak aku akan pilih sesi yang mana kan...??? kan...??? Habis tu, apa kejadahnya aku pergi tulis panjang-panjang kat atas sedangkan aku dah tahu pilihan aku...Hahaha...saja nak lepas geram dengan diri sendiri. So, aku pun tulis panjang lebar sambil meluahkan perasaan sambil anda boleh rasa apa yang aku rasa sambil menyelam minum air sambil banyak sangat sambil aku.
In conclusion, aku akan pilih sesi Julai. Pasal result...???? Aku dah buat keputusan, in case kalau pihak universiti tidak menerima pendaftaran aku hanya gara-gara result MUET, aku akan mohon ke universiti lain. Hah....??? Boleh ke...??? Suka hati nenek moyang aku la nak buat apa....!!! Aku dah biasa pindah-pindah universiti ini. Alah bisa tegal biasa. Kalau dulu UTM, lepas tu UIAM, apa salahnya tambah lagi satu UKM. Jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi, minta-minta lah UIAM tak strict sangat pasal result tu kan.. Susah wei nak adapt dengan dunia baru. Masa mula-mula pindah UIA, berbulan-bulan juga aku nak adapt dengan dunia baru di sana. Nak tahu dengan lebih lanjut, sila dail roommate kesayangan saya.....



0 comments:
Post a Comment