Pages

Wednesday, 14 December 2011

Sampai di sini saja

Sampai di sini saja


Tertanya-tanya kenapa aku meletakkan video di atas. Siapa artis tu...??? Artis meletup tu...cuba tengok betul-betul. Itupun kau tak kenal ke..??? Memanglah, sebab memang dia bukan artis. Hanya gadis biasa yang mengupload lagunya di Youtube ala-ala Najwa Latif. Tapi aku bukan nak comment pasal suara dia. Setakat nyanyi macam tu, aku pun boleh buat (muka berlagak)...Sebenarnya aku agak jeles dengan dia. Kenapa...??? Dia ganggu periuk nasi aku ke...???

Yes, aku jeles dengan dia sebab dia pharmacy student and dapat pula belajar kat Jepun. Dalam Islam dipanggil ghibtah kalau aku tak silap. Ghibtah ini maksudnya, kita iri hati dengan apa yang orang lain dapat dan dalam masa yang sama kita pun nak dapat benda yang sama macam orang lain tu dapat tanpa mendoakan kelebihan yang orang lain tu dapat ditarik balik atau hilang. Amacam, panjang tak definisi yang aku bagi...??? Ada bakat jadi Ustazah....Kalau anda semua jadi student aku mesti kepala cepat beruban nak fahamkan apa yang aku cakap. Okay, kalau tak faham jugak definisi yang aku bagi tadi, baca banyak kali sampai faham. Ghibtah ini dibenarkan dalam Islam. Kenapa..?? tak faham juga...okay, baca yang kat bawah ini pula.

Jika seseorang mendapat nikmat, kita yang melihat keadaan itu akan berada di antara dua keadaan:



1. Jika kita rasa benci atau tidak suka dengan nikmat yang diperolehinya. Inilah yang dikatakan hasad.



2. Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehi oleh orang itu dan kita menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah (hasad yang dibenarkan). Iaitu rasa bangga dengan orang itu dan bercita-cita untuk mendapatkan kelebihan seperti mana yang didapati oleh orang itu. Sifat ini amatlah terpuji dan dikehendaki ada pada tiap-tiap orang, kerana dengannya boleh mendatangkan kebaikan dan kemajuan hidup.



Bezanya pada perasaan, BENCI atau SUKA.



Jika orang lain mendapat nikmat atau kelebihan, kita hendaklah merasa suka dan berharap agar dapat mencontohinya. (Ghibtah).



Jika orang lain mendapat nikmat atau kelebihan, jangan ada perasaan benci atau tidak suka. (Hasad)

Okay, back to the story, mesti bestkan belajar kat oversea. Dulu aku ada juga minta scholarship, tapi bukan rezeki aku. Aku pun baru tahu yang di Jepun juga ada menawarkan course pharmacy. Ingatkan kat Australia and UK jek...Ok, itu pasal diri dia.

Next, sebenarnya aku agak suka dengan lagu ini. Lagu ini asalnya lagu Korea. Di bawah aku sertakan lagu asalnya.



Okay, sebenarnya aku bukanlah gila Korea sangat. Setakat layan 2-3 drama tu adalah. Sekali lagi aku tekankan di sini bahawa aku suka lagu dia yang Melayu bukan yang Korea....Sekian....

p/s: Selalunya aku bila aku suka sesuatu lagu tu, aku sebenarnya merujuk pada lirik lagu tu. You get it...???

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Break the silence

Break the silence