Baru sahaja pulang dari perjalanan yang amat memenatkan. Mana tidaknya perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya beberapa jam menjadi panjang gara-gara petugas kaunter tiket yang cakap putar-belit dan akhirnya, kami yang menjadi mangsa. Mengapa aku ke Kedah...??? Oh, lupa nak beritahu...Menemani rakanku untuk mengambil sijil SPM beliau di MRSM Pengkalan Hulu. Kali terkahir aku ke negeri utara 4-5 tahun yang lepas. Ke pantai timur usah cerita. Mungkin lebih 10 tahun yang lepas. Keluargaku jarang-jarang sekali ke utara dan pantai timur memandangkan kebanyakan kaum-kerabatku menetap di selatan. Di bawah aku sediakan tentatif perjalananku.
Khamis, 8 Disember 2011
8.30 pg: Bertolak ke Kuala Lumpur
12.00 tgh hari : Sampai di rumah rakanku di Kajang. Merehatkan diri sebelum meneruskan perjalanan seterusnya....
5.30 ptg: Memandangkan tiket ke Pengkalan Hulu yang dibeli oleh abang rakanku adalah pada pukul 6 ptg kami bergerak dengan berjalan kaki ke terminal awal...
6.30 ptg: Part ni yg paling buat aku menyirap. Bas tak PUNCTUAL. Kami dimaklumkan bahawa adanya pertukaran bas di terminal-terminal selepas ini. Dalam hati pun berkata...." what the.....????"
7.30 ptg: Sampai di Pudu Sentral. Bas mula penuh + bising. Sangat menguji emosi...
8.30 mlm: Sampai di Jalan Duta....
9.00 mlm: Bayangkanlah, pada mulanya petugas kaunter tiket maklumkan bahawa bas ini akan bertolak terus ke Kedah pada pukul 6 ptg. Tidak akan berhenti di mana-mana. Namun, hanya pada pukul 9 mlm baru bas bertolak dari KL. Segala jadual perjalanan yang kami rancang sejak dari awal tidak menjadi.
Jumaat, 9 Disember 2011
2.30 pg: Kami mengambil keputusan untuk turun dari bas di Baling bagi memudahkan rakan kami di sana untuk mengambil kami di terminal. Terpaksa menyusahkan dia gara-gara terpaksa menahan ngantuk untuk menunggu kepulangan kami yang sepatutnya tiba sekitar pukul 11 mlm jika bas bergerak awal.
11 pg: Bertolak ke Pengkalan Hulu.
1 ptg: LUNCH TIME....Makanan yang dimasak oleh ibu rakanku sangat membuka selera. Walaupun menu orang utara agak berlainan dengan kami di selatan, tapi masih lagi sedap dan menyelerakan. Hampir 5 jenis lauk kami melantak....!! Mengisi perut hingga penuh untuk menempuhi perjalanan pulang yang panjang.
3 ptg: Mula bertolak balik ke Kuala Lumpur. Fuhh...penat semalam pun tak hilang lagi. Kami dimaklumkan bahawa bas ini akan ke Butterworth sebelum bergerak balik ke Kuala Lumpur. Sekali lagi jadual perjalananku terpaksa diubah pada saat-saat akhir. Pada mulanya aku bercadang untuk terus mengambil tiket pulang ke Johor sebaik sahaja sampai di Kuala Lumpur. Tetapi memandangkan bas ini akan tiba lewat malam, aku terpaksa bermalam di rumah rakanku.
10 mlm: Selamat sampai di Pudu Sentral. Keletihan yang tak terkata....
Sabtu, 10 Disember 2011
10 pagi: Bertolak ke Terminal Bandar Tasik Selatan. Tiket paling awal pada pukul 12.30 tgh hari. Penantian suatu penyeksaan. Lebih-lebih lagi tiket single seat sudah habis. Terpaksalah aku duduk sebelah entah siapa-siapa nanti. Dalam hati berdoa agar aku tak duduk sebelah lelaki.
12.30 tgh hari: Sangkaanku meleset. Bukan bersikap prejudis terhadap kaum Adam. Tidak sekali-sekali.. Tapi, aku agak berat hati untuk duduk bersebelahan kaum Adam di dalam bas memandangkan banyak perkara yang harus dijaga sebagai muslimah. Aurat terutamanya.....
4.00 ptg: Memandangkan jalan agak sesak, bas tiba agak lambat. Alhamdulillah, sampai juga aku di rumah dengan selamatnya...
Moral of the story: Lain kali tak payah susah-susah nak rancang perjalanan sebab gerenti jadual perjalanan anda akan berubah pada saat-saat akhir gara-gara perkhidmatan bas yang tak menepati masa. Selamat tinggal, Kedah. Moga kita bertemu lagi.





0 comments:
Post a Comment