Pages

Friday, 2 December 2011

Maafkan aku



Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seteursnya mengikis motivasi.
Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.
Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.


Kenapa Anda perlu memaafkan?
Supaya Anda senang untuk merasa bahagia, gembira, tenang di jiwa.
Sebab kenapa ada ramai orang susah nak merasa gembira adalah kerana di hati mereka ada titik-titik hitam.
Titik-titik hitam ni mengotori jiwa.
Bila jiwa sudah kotor, ia akan dipenuhi dengan perasaan-perasaan kotor dan emosi-emosi kotor (emosi negatif) mengakibatkan timbul rasa marah, benci,dendam, dengki.
Kesemuanya bersarang dan melekat di situ.
Anda akan mudah naik marah, mudah merasa benci, cepat berdendam dan cepat dengki dengan orang lain.
Sekali Anda tidak memaafkan, sepuluh kali titik-titik hitam tumbuh membiak dlaam hati Anda.
Jika Anda nak gembira, nak ceria tapi susah untuk merasa gembira, susah untuk merasa ceria, semua berpunca dari hati Anda.
Anda tidak memaafkan kesalahan orang yang buat salah pada Anda.
Anda tidak maafkan orang yang marahkan Anda.
Anda tidak maafkan orang yang mengejek, menghina, mengkeji dan mengata Anda.
Anda tidak maafkan sikap mereka dan perbuatan mereka.
Justeru kesannya titik-titik hitam di hati Anda makin membesar, makin membanyak.
Hati Anda jadi semakin hitam, semakin gelap.
Hati orang pemaaf di sinari cahaya.
Mereka mudah merasa gembira, ceria dan mudah merasa bahagia kerana tidak ada titik-titik hitam melekat bertempek di dalam hati mereka ni.
Bila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk rasa bermotivasi, bersemangat.
Bila sudah ada motivasi, akan ada energi.
Dari sinilah Anda merasa sentiasa bertenaga.
Anda akan merasa terdorong jadi kuat bekerja.
Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat Anda merasa sakit hati.
Maafkan orang yang Anda tak puas hati dengan perangainya.
Maafkan orang yang pernah menghina Anda, merendah-rendahkan Anda, mempersendakan Anda.
Sikap sebegini Anda membuat Anda maju ke depan.
Lawan api dengan api, Anda akan musnah.
Dua-dua musnah.
Bila lawan api dengan air, Anda akan dapat musnahkan api lalu meninggalkannya untuk mengecap hidup yang lebih baik.


Ramai orang sukar memberi maaf.
Kenapa? Sebab mereka tidak puas hati.
Tidak puas hati dengan kesalahan orang yang mereka marahi. Tidak puas hati sebab sakit dengan sikap orang yang mereka marahi.
Anda perlu tahu bahawa apabila Anda sukar untuk memberi maaf atau tidak mahu memberi maaf kepada orang yang Anda anggap bersalah pada Anda, kesannya Anda akan diselubingi pemikiran negatif yang akhirnya akan membentuk Anda menjadi orang negatif.
Sikap Anda juga akan menjadi sikap negatif. Percakapan Anda dan pemikiran Anda semuanya menjadi negatif.
Semua ini berlaku tanpa Anda sedari.
Anda cepat melenting, Anda cepat naik marah dan Anda cepat terasa hati.
Inilah akibat negatif kesan dari sikap sukar memberi kemaafan.
Apa yang Anda marahkan, itulah yang akan menjadi beban di fikiran.
Apabila sudah ada beban, Anda akan susah merasa bermotivasi. Motivasi diri Anda akan menurun serta merta. Motivasi Anda simply tidak ada.
Anda mungkin sudah membaca banyak buku motivasi, banyak membaca buku-buku ilmiah berbentuk motivasi juga mendengar ceramah-ceramah motivasi. Anda tidak akan merasai kesannya dengan mendalam apabil di hati Anda masih ada tersisa marah.
Cuci dan hilangkan rasa marah itu dengan kemaafan. Berilah maaf. Turunkan ego.
Anda akan terasa ‘ringan’ dan merasa lapang. Tidak ada bebanan emosi yang Anda tanggung.
Anda akan merasa bersemangat dan fikiran Anda dipenuhi keoptimisan. Fikiran Anda, percakapan Anda dan jiwa Anda berubah menjadi lebih baik, lebih bagus, lebih positif.
Inilah sebab kenapa orang-orang berfikiran positif selalu memberi kemaafan pada sesiapa saja yang bersalah pada mereka setiap kali mereka tidur.
Sewaktu tidur, minda Anda berada pada tahap ketenangan yang mendalam. Apa saja yang ada di fikiran Anda pada ketika itu akan diserap masuk ke dalam minda separa sedar yang akhirnya akan diserap menjadi tabiat Anda.
Jika di fikiran Anda ada kenegatifan, maka anda akan jadi negatif.
Jika di fikiran Anda ada kepositifan, maka Anda akan jadi positif. Untuk jadi insan positif, yang negatif perlu dibuang dan dibersihkan selalu.


Meminta maaf

Lazimnya bila kita melakukan kesalahan, kita sepatutnya meminta maaf tak kira kesalahan tu kecil atau besar. Tetapi, mudah ke orang nak meminta maaf? Kalau orang yang ego tinggi, jangan mimpi la dia nak minta maaf even itu kesalahan dia sendiri. Tapi ada juga orang yang mudah minta maaf even dia rasa bukan dia yang salah. Sikap tu kita kena puji dan harus ada dalam hidup kita.

Kadang kala benda simple pun boleh jadi isu pasal maaf memaaf ni. Contohnya bila kita terlanggar orang secara tak sengaja. Terutama bila kita tengah kejar masa, orang plak ramai. Kalau kita minta maaf cepat-cepat, confirm orang tu tak jadi marah dan senyum je. Kalau lelaki terlanggar perempuan, boleh jadi itu jodoh mereka juga kan? ^_^

Tapi kalau kita tak minta maaf, silap-silap boleh dapat maki hamun dari orang yang kena langgar tu. Kalau tak pun, sampai bila-bila pun orang tu akan ingat. Kalau dia kena langgar masa kat parking kereta, confirm sampai ke opis pun dia cerita kat kawan2 dia. Betul tak?

Tapi itu perkara yang kecil, pun boleh jadi besar dan berat kalau tak minta maaf. Macamana pula untuk perkara yang berat? Boleh jadi dendam!


Memaafkan

Tahu tak memaafkan tu salah satu cara untuk menghilangkan stress tau! I pernah pergi ceramah, dan penceramah tu yang cakap. Dia ada ajar cara-cara untuk memaafkan orang dengan seikhlas hati. Masa dia ajar tu, i buat sekali. Memang terasa sangat sampai nak menitik airmata ni.

Bagi orang Islam, boleh guna cara bawah ni untuk memaafkan orang seikhlas hati..

"Ya Allah, saya memaafkan (nama orang yang difikirkan) kerana Allah Taala. Saya maafkan setiap apa yang dia telah lakukan kepada saya selama ini dengan seikhlas hati saya. Saya memaafkan (nama orang yang difikirkan) kerana Allah Taala (ulang tiga kali)."
Insya allah akan jadi lebih tenang lepas tu.
Memaafkan dan melupakan

Tapi mudah ke orang nak memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan perkara tu dengan seikhlas hati?Lagi-lagi kalau kesalahan tu agak berat. Maksudnya melupakan terus hal tu tanpa diingat lagi.

Tapi yang sering berlaku, walaupun mulut kita kata kita dah memaafkan orang tu, tapi kita mesti akan ingat perkara tu. Lagi-lagi kalau perkara tu betul-betul melukakan hati kita. Yang memberi kesan mendalam dalam diri. Perkara tu boleh menjadi ungkitan dikemudian hari even maaf telah diberikan. Ada kan macam tu sebab i pun ada alami benda tu. Tak boleh nak tipu la. Kita bukanla nak menanam dendam dalam diri kita, cuma itu macam menjadi benda yang kita akan kenang sampai bila-bila. Tak boleh nak lupa.

Sangat susah nak cari orang yang boleh lupakan perkara yang menyakitkan dalam diri dia macam tu je. Kalau kesalahan tu melibatkan duit, lagi orang susah nak lupakan. Kan? Ternyata tidak mudah menanamkan sikap ikhlas dalam diri untuk memaafkan orang lain..
"Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!"

BERMAAF-MAAFAN adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda.

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud : “Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?”

Allah berfirman: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.”

Daripada hadis itu, Allah menjelaskan bahawa hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang berhati mulia, bersikap lembut, mempunyai toleransi tinggi dan bertolak ansur terhadap musuh.

Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenali berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji.

Firman Allah lagi bermaksud : “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

Ayat itu membuktikan bahawa orang yang menahan kemarahannya, termasuk dalam golongan Muttaqin iaitu orang yang bertakwa kepada Allah. Tambahan pula Allah akan memberikan pengampunan kepada mereka, lalu menyediakan mereka balasan syurga. Alangkah besar dan hebatnya ganjaran bagi manusia pemaaf.

Kemaafan dalam Islam

Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa.

Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.

Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat.

Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.

Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.

Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).

Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.

Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.
 


 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Break the silence

Break the silence