Pages

Monday, 19 December 2011

My Favourite 'Melepak' Port

Hujan yang tidak berhenti sejak dari kelmarin membuatkan diri semakin malas dan kaki semakin berat untuk bangun dari kamar tidur. Kesejukan yang terasa seakan-akan menggigit kulit sehingga virus selesema mula menyerang sistem imunisasi badan. Sebelum aku menarik kembali selimut dan 'membuta' sehingga matahari tegak di atas kepala, adalah lebih baik sekiranya aku membuat sesuatu yang persuasif. Apa lagi kalau bukan mengupdate blogku yang tak popular mana ni....Ibu bapa pagi-pagi lagi sudah keluar mencari rezeki. Adikku pula masih lagi enak diulit mimpi.

Walaupun cuti masih lagi berbaki 2-3 minggu, tapi aku sudah pun siap 'pack' baju-baju dan barang-barang keperluan. Tak percaya....???? Semangat benar diri aku kali ini untuk kembali ke dunia pembelajaran & kuliah. Terasa otak ini agak tumpul gara-gara sudah berbulan-bulan tidak diasah. Aku cuba membaca serba-sedikit buku Biology yang besar gedabak itu...


Namun setelah beberapa hari mentelaah, inilah hasilnya.....


Aku hanya mampu menghabiskan 3 helaian sahaja. Begitu 'bangga' dengan pencapaian aku kali ini....lah sangat....Kenapa begini..??? Bagaimana pelajar biasa seperti aku mampu mencapai 'kejayaan' sebegitu rupa..??? Semuanya gara-gara.....

Mood belajar langsung tidak hadir dalam diri

Kita tutup cerita di atas sebab bagaikan menconteng arang di muka sendiri sahaja....=P

p/s: For more interesting, efficient and effective ways to study, click here

Berbalik pada tajuk di atas...aku baru perasan tajuk aku tiada kena-mengena langsung dengan apa yang ditulis di atas.....di mana tempat yang sering anda lepak bersama teman-teman...???? Shopping complex, pusat boling, kedai mamak atau kedai kopi (sambil bergosip pasal Najib, Nik Aziz mahupun Guan Eng macam orang tua-tua selalu buat).....????? Bagi aku pula, semua jawapan di atas bukan pilihanku. Selain kamar tidur, tempat melepak yang paling aku gemari di dalam rumah agam ini ialah Mini Library di loteng. Sebenarnya, sepanjang cuti kali ini aku jarang-jarang sekali menjejakkan kaki ke loteng gara-gara kemalasan yang membaluti tubuh untuk mendaki anak-anak tangga. Namun, disebabkan kebosanan yang mula menjalar pada adrenalin tubuh, aku menggagahkan diri jua untuk ke atas.

Dan hasilnya inilah first impression aku....
"Mak aiihh....habuk tebal seinci......!!!!"

Dan sebagai anak yang solehah...lah sangat...aku mengambil inisiatif untuk membersihkan loteng itu seorang diri...sekali lagi ditekankan....seorang diri....!!!! Nak harapkan adik lelaki aku, memang kirim salam la jawabnya. Dengan kudrat tulang empat kerat yang ada, aku menggagahkan diri untuk mengangkat vaccum yang seberat 2-3 kg untuk dibawa naik ke atas. Fuhh....!!! rasa macam nak patah pinnggang aku sebab sudah lama tidak buat kerja berat punya pasal. Dan setelah 3 jam menghabiskan masa membersih, menyusun sambil menyedut habuk-habuk dengan hidungku....eh, salah....dengan vaccum, hasilnya lihatlah gambar-gambar di bawah.....

Anak-anak tangga menuju ke atas






Kalau sekali pandang, Mini Library ini seakan-akan pondok kayu di atas pokok. Macam ini....


Cuma yang bezanya, pondok ini dibina dalam rumah batu, bukannya di atas pokok....Panjang betul entri aku kali ini... dah, nak tengok tv pula....

p/s: gambar-gambar di atas diambil menggunakan phone camera aku yang dah buruk...jadi, maaf jika kualitinya tidak begitu memuaskan....


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Break the silence

Break the silence