Seandainya diri kita pernah ditipu orang…
Seandainya diri kita pernah dikhianati orang…
Seandainya diri kita pernah difitnah orang…
Seandainya diri kita pernah dihina orang…
Seandainya diri kita dizalimi orang…
Seandainya diri kita dipersalahkan orang..
Sakitnya hati hingga tidak bertegur sapa selama berhari-hari…berbulan-bulan…bahkan bertahun-tahun pun ada
Retak
serta lukanya hati hingga berdendam seluruh keturunan hingga generasi
ke generasi. Bencinya hati hingga tidak mahu bertentang wajah bahkan
bayang-bayang pun tak mahu melihatnya kerana dosanya terhadap kita
terlalu pedih bila terkenang-kenang.
‘Sedangkan
ALLAH mengampunkan kita jika kita sungguh bertaubat dan memohon
padanya....Alangkah nabi juga memaafkan umatnya inikan pula kita…
Kita
hanya manusia biasa!..manusia yang penuh dosa..manusia yang penuh
kelemahan dan kehinaan...manusia yang penuh silap dan salah….
Moga
ALLAH membuka pintu hati kita untuk berlembut hati memaafkan semua
orang tak kira apa dosanya....Moga ALLAH melembutkan hati orang2 yang
kita ada Dosa agar memaafkan kelemahan kita jua...
Adakah
engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat JAHAT
kepadamu?Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah MENGANIAYAMU?
Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?
Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah MENKHIANATIMU?
Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU (tdk mahu menegurmu)?
Sesungguhnya,
ALLAH tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan
kamu akan tetap ALLAH memandang kepada hati kamu
Maka
andainya ada manusia lain pernah berbuat dosa kepada diri kita lalu ia
memohon maaf. Terimalah kemaafannya kerana kita hanyalah hamba yang
tidak berupaya….sedangkan Allah itu lagi Maha PEMURAH dan Maha
MENGASIHANI….maka layakkah seorang hamba berbuat demikian?
Jika
manusia itu tidak memohon maaf kepada kita maka cubalah ikhlas untuk
memaafinya kerana Allah itu lagi Maha PENGAMPUN…maka layakkah seorang
hamba bersifat sedemikian?
Ingatlah….dan
sedarlah diri ini jua tidak terlepas dari berbuat dosa…lalu kepada
siapa kita memohon keampunan? kita mengharapkan Allah mengampuni dosa
kita lalu….Mengapa terlalu sukar memaafkan?
p/s: banyak buat entri pasal kemaafan lately sebab....entah...sebab apa hah...??? sebab sedang belajar menerima hakikat dan memaafkan insan-insan sekeliling...



0 comments:
Post a Comment